EN  | BM
Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green

Ministry of Local Government,
Tingkat 2, Baitul Makmur, Petra Jaya, Jalan Medan,
93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Tel: 6082-319614
Fax: 6082-311216

 
Office Hours:

8.00am to 1.00pm
2.00pm to 5.00pm
 
Last Update: 27 May 2017
Version 8.0.1
Kumpulan Inovatif dan KreatifKumpulan Inovatif dan Kreatif

1.        PENGENALAN

Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Sarawak melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti (LGCD) sedang mengharungi arus transformasinya iaitu ke arah mencapai visi “A World Class Civil Service” demi memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat. Oleh yang demikian, satu pendekatan budaya kerja iaitu Pasukan Berprestasi Tinggi (HPT) telah diperkenalkan untuk mempertingkatkan sistem penyampain PBT supaya terus lebih efisien dan efektif. Justeru itu, inisiatif KIK merupakan suatu aktiviti yang amat relevan untuk mewujudkan pasukan-pasukan berprestasi tinggi diperingkat organisasi masing-masing.

 

Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) merupakan suatu kumpulan pekerja dari pelbagai peringkat gred jawatan dan bahagian yang akan mengenalpasti , menganalisis dan meyelesaikan masalah berkaitan dengan tugas di peringkat PBT masing-masing.

 

Pasukan KIK juga merupakan salah satu komponen dalam proses transformasi PBT ke arah pemantapan sistem penyampaian melalaui penjanaan idea-idea yang kreatif serta penemuan inovasi yang baru.

 

Pasukan KIK di setiap PBT akan berperanan sebagai satu Pasukan Berprestasi Tinggi (HPT) di peringkat PBT masing-masing yang menjadi kumpulan pemikir dan bertindak ke atas sesuatu penemuan masalah sekaligus mencari penyelesaiannya.

 

 

2.        LATAR BELAKANG PENGANJURAN KONVENSYEN KIK PIHAK BERKUASA TEMPATAN, SARAWAK

 

Kementerian Kerajaan Tempatan Sarawak (MLG) adalah sebuah Kementerian yang mengawalselia 23 PBT di Sarawak. Salah satu usaha Kementerian di dalam transformasi PBT serta meningkatkan kualiti dan produktiviti adalah dengan mengaktifkan pasukan-pasukan KIK di peringkat PBT dan mengadakan Konvensyen KIK peringkat PBT di Sarawak.

 

Perubahan persekitaran yang berbeza dan kehendak masyarakat yang semakin meningkat memerlukan PBT membuat penambahbaikan dalam sistem penyampaian perkhidamtan khasnya pada masyarakat. Perkara ini dapat dilakukan melalui usaha-usaha inovasi dan kreatif secara menyeluruh ke semua kakitangan di PBT. Usaha seperti ini dapat merubah dan memperkenalkan cara kerja baru yang lebih cekap dan berkesan serta menghasilkan ‘output’ dan ‘outcome’ yang lebih baik untuk masyarakat.

 

Konvensyen KIK anjuran MLG adalah berbeza denga Konvensyen KIK yang lain ia merupakan platform terbaik di mana, peserta Konvensyen dari latarbelakang agensi yang sama (Perkhidmatan PBT) dapat berkumpul dan berkongsi pengalaman dari segi permasalahan di dalam tugasan harian dan mengetengahkan cadangan penyelesaian yang inovatif dan kreatif terhadap permasalahan masing-masing. Ini juga dapat menggalakkan kakitangan PBT menjana idea-idea baru yang kreatif dan inovatif dalam memantapkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan masing-masing .

 

3.        OBJEKTIF KONVENSYEN KIK PERINGKAT PBT DI SARAWAK

i.          Mempromosi budaya kerja berkualiti dan meningkatkan produktiviti kerja khususnya dalam penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan (service delivery) PBT Negeri Sarawak kepada masyarakat dan pelanggan;

 

ii.         Mengenalpasti masalah-masalah yang wujud di peringkat PBT untuk perhatian MLG dan PBT lain selanjutnya;

 

iii)        Mengenalpasti penyelesaian-penyelesaian masalah melalui projek-projek KIK yang berpontensi untuk diseragamkan ke semua PBT di Sarawak untuk kegunaan bersama;

 

iv.        Menggalakkan aktiviti KIK di kalangan warga kerja PBT bagi penggalakkan penghasilan idea-idea yang inovatif dan kreatif bagi meningkatkan kualiti kerja dan melahirkan kumpulan/kakitangan berpresatsi tinggai (HPT) di kalangan kakitangan PBT.