EN  | BM
Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green

Contact Us

Ministry of Local Government & Housing,
Tingkat 2, Baitul Makmur, Petra Jaya, Medan Raya,
93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Tel: 6082-319614
Fax: 6082-311216

Office Hours:
8.00am to 1.00pm
2.00pm to 5.00pm

click for map

Certifications


Best viewed with Google Chrome and Mozilla Firefox in 1024 x 768 screen resolution
Last Update: 20 Sep 2018
Version 8.1.1a

Copyright © Ministry of Local Government & Housing Sarawak 2018

Tribunal Tuntutan Pembeli RumahTribunal Tuntutan Pembeli Rumah
  • Menyediakan alternatif selain daripada mahkamah untuk mendengar dan mengadili tuntutan pembeli rumah yang menuntut ganti rugi atau pampasan daripada pihak pemaju perumhan dengan cara yang lebih mudah, murah dan efisien
  • Mendengar tuntutan teknikal yang merangkumi kecacatan mutu kerja atau tidak mematuhi spesifikasi sebagaimana yang dinyatakan di dalam Perjanjian Jual Beli ( S & P) dan tuntutan bukan teknikal
  • Bertindak sebagai unit perancang dan pelaksana setiap aktiviti bagi mempertingkatkan keberkesanan peranan dan tanggungjawab TTPRS
  • Bertanggungjawab di dalam menjawab semua aduan daripada pihak penuntut dan penentang serta menyediakan statistik berhubung aduan
  • Memantau pelaksanaan pembaikan kerosakan oleh pemaju perumahan
  • Bertanggungjawab di dalam menyelaras /menyelia keperluan tugas jurubahasa sekiranya diperlukan
  • Mengemukakan nama Pemaju Perumahan yang tidak mematuhi Award Tribunal kepada Bahagian Kawalan dan Perlesenan dan penasihat Undang-Undang Kementerian Perumahan Sarawak
  • Mengurus Dokumentasi Penyemakan dan Ulasan Kehakiman
  • Membuat penyelidikan undang-undang mengenai isu undang-undang berkaitan Tribunal
  • Menyelaras, mengkaji, mencadangkan pindaan-pindaan yang perlu dibuat kepada Ordinan dan Peraturan-Peraturan yang sedia ada mengikut kesesuaian semasa
  • Memberi khidmat nasihat berkaitan dengan prosedur tuntutan kepada pihak penuntut dan penentang
  • Menyelaras segala urusan yang berkaitan di dalam pengeluaran notis pendengaran dan jadual pendengaran
  • Melakukan siasatan dan pemeriksaan ke atas premis-premis penuntut
  • Mengadakan perbincangan atau mesyuarat teknikal bagi menetapkan cadangan /pandangan dari sudut teknikal yang diperlukan bagi menyelesaikan sesuatu kes berdasarkan siasatan dan pemeriksaan di tapak/rumah
  • Menyediakan laporan hasil sisatan atau pemeriksaan di premis penuntut
  • Menjadi saksi semasa perbicaraan dijalankan di Mahkamah TTPRS sekiranya kes yang diperdengar melibatkan kes tuntutan teknikal
  • Bertanggungjawab di dalam perlaksanaan award dan juga merekod bagi kes penentang yang ingkar award melalui Penguatkuasaan Sivil di bawah Seksyen  17T (1) dan (2)